SYARIKAT ESTEE LAUDER
DASAR PRIVASI PENGGUNA MALAYSIA

Kemaskini Terakhir: 15 Mei, 2023

Untuk pembacaan dalam Bahasa Inggeris, mengklik sini.

Syarikat Estée Lauder menghormati privasi anda dan menghargai hubungan kami dengan anda.

Syarikat Estée Lauder mempunyai portfolio jenama prestij yang pelbagai. Anda boleh mendapatkan senarai jenama ini di ELCompanies.com, masing-masing disebut dalam Dasar Privasi ini sebagai "Jenama".

Dasar Privasi ini menerangkan bagaimana Jenama kami di Malaysia mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan melindungi maklumat peribadi anda. Melainkan dinyatakan sebaliknya, semua Jenama di negara Malaysia mengikuti Dasar Privasi ini.

Rujukan dalam Dasar Privasi ini kepada "kami" dan "ELC" merupakan rujukan kepada entiti atau entiti-entiti di Malaysia yang bertanggungjawab untuk menetapkan tujuan pemprosesan maklumat peribadi anda. Lihat bahagian Pengawal Data di bawah untuk maklumat lebih lanjut.

JADUAL KANDUNGAN


MAKLUMAT YANG KAMI PROSES

Kami mungkin mengumpul atau memproses jenis maklumat berikut mengenai anda. Maklumat khusus yang kami kumpulkan mengenai anda akan berbeza-beza bergantung pada cara anda berinteraksi dengan kami.


  • Maklumat hubungan dan pengecam peribadi, seperti nama, alamat, alamat e-mel, nombor telefon dan nama pengguna atau pemegang media sosial anda.
  • Pengecam peranti, seperti maklumat mengenai peranti anda seperti alamat MAC, alamat IP atau pengecam dalam talian yang lain.
  • Maklumat demografi, seperti umur anda, atau tarikh lahir, seks, dan jantina.
  • Ciri fizikal, seperti jenis dan warna rambut anda, jenis kulit, dan warna mata.
  • Maklumat biometrik, seperti geometri wajah jika anda menggunakan aplikasi percubaan maya atau alat diagnostik kulit kami.
  • Maklumat komersial, seperti produk atau perkhidmatan yang telah anda beli, kembalikan atau pertimbangkan, dan keutamaan produk anda.
  • Maklumat pembayaran, seperti kaedah pembayaran dan maklumat kad pembayaran anda (termasuk nombor kad pembayaran, alamat penghantaran dan alamat pengebilan).
  • Maklumat pengesahan identiti, seperti pengenalan foto untuk pengambilan di kedai di salah satu kedai runcit kami, ID ahli kesetiaan dan maklumat pengesahan (seperti kata laluan).
  • Maklumat aktiviti dalam talian atau rangkaian, seperti maklumat mengenai interaksi anda dengan laman web kami, aplikasi mudah alih, harta digital, dan iklan, maklumat mengenai sejarah pelayaran dan carian anda di laman web atau aplikasi mudah alih kami, dan maklumat fail log seperti jenis pelayar dan halaman web yang anda lawati.
  • Maklumat geolokasi, seperti maklumat yang boleh membantu mengenal pasti lokasi fizikal anda (seperti koordinat GPS anda atau lokasi anggaran peranti anda).
  • Maklumat audio dan visual, seperti rakaman suara anda apabila anda menghubungi perkhidmatan pelanggan kami dan imej yang kami rakam melalui pengawasan video di kedai runcit kami.
  • Maklumat profesional atau berkaitan pekerjaan, seperti lesen profesional atau pensijilan berkaitan dengan program profesional kami.
  • Maklumat kesihatan dan perubatan, seperti kebimbangan penjagaan kulit, diagnosis, laporan dan sejarah perubatan.
  • Kandungan Pengguna, seperti komunikasi anda dengan kami dan sebarang kandungan lain yang anda berikan (termasuk gambar dan imej, video, ulasan, artikel, respons tinjauan dan komen).
  • Kesimpulan yang diambil daripada atau dicipta berdasarkan mana-mana maklumat yang dikenal pasti di atas.

BAGAIMANA KAMI MENGUMPUL MAKLUMAT

Kami mungkin mengumpul maklumat peribadi anda daripada pelbagai sumber. Sebagai contoh:


  • Secara langsung daripada anda, seperti apabila anda membuat pembelian di salah satu laman web kami atau di salah satu kedai runcit kami, menghubungi kami dengan pertanyaan atau aduan, mengunakan salah satu aplikasi mudah alih atau mencuba pengalaman secara maya kami, membuat akaun di salah satu laman web kami, mendaftar untuk salah satu program kesetiaan jenama atau senarai pemasaran kami, menjawab tinjauan, mengambil bahagian dalam pertandingan atau promosi lain, membuat janji temu atau mendaftar untuk menghadiri acara.
  • Daripada rakan atau ahli keluarga anda, seperti apabila rakan atau ahli keluarga anda menghantar hadiah kepada anda atau membuat rujukan.
  • Apabila anda berinteraksi dengan laman web atau e-mel kami. Semasa anda melawat laman web kami, atau apabila anda membuka atau mengklik e-mel yang kami hantar kepada anda, kami (dan pihak ketiga yang bekerjasama dengan kami) mungkin secara automatik mengumpul maklumat daripada pelayar atau peranti anda, seperti pengecam peranti dan maklumat aktiviti rangkaian dalam talian dan maklumat rangkaian lain yang menggunakan teknologi seperti kuki, tag piksel dan teknologi yang serupa. Kuki ialah fail teks kecil yang diletakkan oleh laman web pada peranti bersambung Internet anda untuk mengenal pasti pelayar anda secara unik atau menyimpan maklumat atau tetapan dalam pelayar anda. Tag piksel ialah imej kecil yang dibenamkan ke dalam laman web atau e-mel kami. Kami menggunakan tag piksel untuk mengumpul maklumat tentang pelayar atau peranti anda, cara anda berinteraksi dengan laman web kami, atau sama ada anda membuka atau mengklik e-mel yang kami hantar kepada anda. Tag piksel juga membolehkan kami (dan pihak ketiga yang bekerjasama dengan kami) untuk meletakkan kuki pada pelayar anda.
  • Melalui teknologi dalam kedai dan luar talian lain, seperti pengawasan video, peranti pengiraan trafik dan teknologi WiFi di dalam dan di sekitar kedai runcit kami, dan teknologi rakaman panggilan semasa anda bercakap dengan perkhidmatan pelanggan.
  • Dari rakan kongsi perniagaan dan penyedia perkhidmatan kami, seperti syarikat demografi, penyedia analitik, syarikat dan rangkaian pengiklanan, peruncit atau pengedar pihak ketiga, dan pihak ketiga lain yang kami pilih untuk bekerjasama.
  • Daripada platform dan rangkaian media sosial, seperti Facebook, Instagram, Twitter, Pinterest dan Google. Sebagai contoh, kami mungkin mendapatkan maklumat anda daripada platform atau rangkaian media sosial jika anda berinteraksi dengan kami di media sosial atau memilih untuk log masuk ke laman web kami menggunakan kelayakan media sosial anda.
  • Dari Jenama ELC lain yang telah anda berinteraksi.

Kami mungkin menggabungkan maklumat yang kami perolehi daripada sumber di atas. Sebagai contoh, kami mungkin menggabungkan maklumat yang kami kumpulkan di kedai kami dengan maklumat yang kami kumpulkan dalam talian.

Pemberian maklumat peribadi anda oleh anda adalah secara sukarela. Namun, dari semasa ke semasa di mana anda tidak memberikan maklumat yang diminta oleh kami, kami mungkin tidak dapat memberikan barangan atau perkhidmatan yang diminta oleh anda, atau memberikan respons terhadap permintaan anda.

BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT

Kami mungkin menggunakan maklumat yang kami ada mengenai anda:


  • Untuk menyediakan produk dan perkhidmatan kepada anda, seperti memenuhi pesanan dan memproses pembayaran, membuat, melayani dan/atau mengekalkan akaun atau keahlian program kesetiaan anda, mengenal pasti kebimbangan dan membantu dengan cadangan produk, dan menguruskan pembelian semasa atau masa lalu.
  • Untuk berkomunikasi dengan anda, termasuk untuk menjawab pertanyaan atau aduan anda, dan untuk membantu anda membuat pesanan.
  • Untuk mentadbir penyertaan anda dalam acara, pertandingan, cabutan bertuah, tinjauan atau promosi khas.
  • Untuk pemasaran dan pengiklanan, seperti menghantar surat pos, mesej teks, e-mel, pemberitahuan tolak atau mesej lain kepada anda, menunjukkan anda iklan untuk produk dan/atau perkhidmatan yang disesuaikan dengan minat anda di media sosial dan laman web lain.
  • Untuk mengendalikan dan memahami penggunaan laman web dan aplikasi mudah alih anda, seperti mengingati maklumat anda supaya anda tidak perlu memasukkannya semula, memahami kaedah pembelian keutamaan anda dengan kami; menentukan pelayar dan peranti yang anda gunakan untuk melawat laman web atau aplikasi mudah alih kami; dan untuk menilai dan meningkatkan perkhidmatan, iklan, laman web dan aplikasi mudah alih kami. Sebagai contoh, kami menggunakan Google Analytics di laman web kami. Untuk mendapatkan butiran khusus tentang cara Google mengumpul dan menggunakan maklumat peribadi anda apabila kami menggunakan perkhidmatannya, sila lawati: Cara Google Menggunakan Maklumat Daripada Tapak Atau Aplikasi yang Menggunakan Perkhidmatan Kami.
  • Untuk mengendalikan dan menambah baik perniagaan kami, termasuk menjalankan analitik, memberikan jaminan kualiti dan memproses peristiwa advers atau tuntutan berkaitan produk, menjalankan penyelidikan dan pengembangan, dan melaksanakan perakaunan, pengauditan dan fungsi perniagaan dalaman yang lain.
  • Untuk tujuan undang-undang dan keselamatan, seperti mengesan, mencegah, dan mendakwa aktiviti berbahaya, penipuan atau menyalahi undang-undang, pencegahan kerugian, mengenal pasti dan membaiki pepijat di laman web atau aplikasi mudah alih kami, dan untuk mematuhi keperluan undang-undang yang berkenaan, piawaian industri yang relevan dan dasar kami.
  • Kami juga mungkin menggunakan maklumat anda dengan cara lain yang mana kami akan menyediakan notis khusus pada masa pengumpulan.

BAGAIMANA KAMI BERKONGSI MAKLUMAT

Kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan:


  • Jenama Kami. Apabila anda berinteraksi dengan sesuatu Jenama, kami mungkin berkongsi maklumat peribadi anda dengan Jenama lain. Jenama lain tersebut boleh menggunakan maklumat peribadi anda untuk pemasaran dan pengiklanan dan tujuan lain yang dikenal pasti dalam Dasar Privasi ini.
  • Anak Syarikat dan Sekutu Kami. Kami mungkin memindahkan maklumat peribadi anda kepada anak syarikat dan sekutu kami atas dasar perlu tahu untuk tujuan yang dikenal pasti dalam Dasar Privasi ini.
  • Penyedia perkhidmatan. Kami mungkin memindahkan maklumat peribadi kepada penyedia perkhidmatan yang melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami berdasarkan arahan kami. Kami tidak memberi kuasa kepada penyedia perkhidmatan ini untuk menggunakan atau mendedahkan maklumat tersebut kecuali jika perlu untuk melaksanakan perkhidmatan bagi pihak kami atau mematuhi keperluan undang-undang. Contoh penyedia perkhidmatan ini termasuk entiti yang memproses pembayaran kad kredit, memenuhi pesanan, dan yang menyediakan fungsi laman web dan aplikasi, hosting, analisis, pengiklanan dan perkhidmatan pemasaran.
  • Pihak kepada transaksi korporat. Kami juga berhak untuk memindahkan maklumat peribadi yang kami ada mengenai anda sekiranya kami menjual atau memindahkan semua atau sebahagian daripada perniagaan atau aset kami (termasuk sekiranya berlaku penggabungan, pemerolehan, usaha sama, penyusunan semula, pelupusan, pembubaran atau penyelesaian).
  • Syarikat pengiklanan. Kami bekerjasama dengan syarikat pengiklanan pihak ketiga (seperti rangkaian pengiklanan) untuk menyediakan iklan bagi pihak kami. Untuk maklumat tambahan, lihat bahagian Cara Kami Menggunakan Maklumat untuk Beriklan.
  • Pihak ketiga yang lain. Di samping itu, kami mungkin mendedahkan maklumat peribadi anda (i) jika kami dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang atau proses undang-undang, (ii) kepada pihak berkuasa penguatkuasaan undang-undang atau pegawai kerajaan lain, (iii) apabila kami percaya pendedahan adalah perlu atau sesuai untuk mencegah bahaya fizikal atau kerugian kewangan, atau berkaitan dengan penyiasatan aktiviti penipuan atau haram yang disyaki atau sebenarnya, (iv) apabila pendedahan maklumat peribadi anda sebaliknya diperlukan atau dibenarkan oleh undang-undang, atau (v) dengan persetujuan anda (seperti salun dan spa pihak ketiga).

BAGAIMANA ANDA MENGAWAL MAKLUMAT ANDA

Anda mempunyai hak dan pilihan berkaitan dengan maklumat peribadi yang kami ada mengenai anda.


  • Hak Subjek Data: Bergantung pada undang-undang tempatan, anda mungkin mempunyai hak berkenaan dengan maklumat peribadi anda. Sebagai contoh, anda mungkin boleh meminta akses kepada maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda, mengemas kini dan membetulkan ketidaktepatan dalam maklumat peribadi anda, dan memadamkan atau menghantar maklumat peribadi kepada pihak ketiga. Anda boleh meminta untuk mengakses, mengubah, atau memadamkan maklumat peribadi anda dengan menghantar e-mel kepada kami di info@bobbibrown.com.my. Kami mungkin mengambil langkah yang munasabah untuk mengesahkan identiti anda apabila anda membuat permintaan. Anda juga mungkin berhak untuk membuat aduan kepada pihak berkuasa perlindungan data.
  • Keutamaan Pemasaran & Pengiklanan: Akaun dalam talian anda mungkin menawarkan keupayaan untuk mengedit keutamaan pemasaran anda. Anda juga boleh memilih untuk tidak menerima komunikasi pemasaran (seperti e-mel, surat pos atau mesej teks) dengan mengikuti arahan berhenti melanggan yang dihantar dalam komunikasi tersebut atau anda boleh membuat permintaan dengan menghantar e-mel kepada kami di info@bobbibrown.com.my. Apabila anda berhenti melanggan komunikasi pemasaran kami, kami tidak lagi akan menggunakan maklumat peribadi yang berkaitan (seperti alamat e-mel atau nombor telefon anda) untuk tujuan pengiklanan yang disasarkan.
  • Keutamaan Peranti Mudah Alih & Pelayar: Bergantung pada peranti mudah alih atau pelayar web anda, kami mungkin meminta lokasi atau meminta untuk menghantar pemberitahuan tolak kepada anda. Anda boleh mengedit keutamaan anda menggunakan tetapan pada peranti anda.
  • Keutamaan Kuki: Anda boleh memilih bagaimana kuki tertentu digunakan berkaitan dengan laman web kami. Anda boleh mengedit keutamaan kuki anda pada bila-bila masa dengan mengedit tetapan pelayar anda atau, memilih pautan "Manage Cookies" yang terdapat di bahagian bawah laman web Jenama kami. Untuk butiran tambahan, lihat Bahagian BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN KUKI.

BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN KUKI

Cookies ialah fail teks kecil yang diletakkan di laman web pada peranti anda yang disambungkan ke Internet untuk mengenal pasti pelayar anda secara unik atau menyimpan maklumat atau tetapan dalam pelayar anda yang membolehkan kami mengingati anda apabila anda kembali ke laman web kami dan memberikan anda pengalaman dan iklan yang peribadi. Kami menggunakan pelbagai jenis kuki di laman web kami, termasuk kuki yang sangat diperlukan, kuki prestasi, kuki berfungsi dan kuki penyasaran.

Anda boleh melihat jenis kuki yang digunakan di laman web kami dan mengedit keutaman anda dengan mengakses pautan "Manage Cookies" di bahagian bawah laman web Jenama kami. Anda juga boleh mengedit keutamaan kuki anda melalui tetapan pelayar anda. Apabila mengedit keutamaan kuki anda, sila ambil perhatian bahawa tetapan anda hanya terpakai kepada pelayar yang anda gunakan untuk mengemukakan permintaan pilih keluar anda, jadi jika anda menggunakan pelbagai pelayar atau peranti, anda mesti memilih keluar pada setiap pelayar, pada setiap peranti. Pilih keluar (opt-out) anda didayakan menggunakan kuki jadi sebaik sahaja anda memilih keluar, jika anda memadamkan kuki yang disimpan pelayar anda pada peranti, anda perlu memilih keluar semula pada pelayar tersebut pada peranti itu.

Laman web kami tidak direka untuk bertindak balas terhadap isyarat "jangan menjejaki" daripada pelayar.

BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT UNTUK BERIKLAN

Kami mungkin menggunakan, mendedahkan atau memproses maklumat peribadi anda untuk mengiklankan produk dan perkhidmatan kami dengan cara yang berbeza, termasuk pengiklanan penyasaran. Kami bekerjasama dengan syarikat pengiklanan pihak ketiga (seperti rangkaian pengiklanan) untuk menyediakan iklan bagi pihak kami. Syarikat pengiklanan ini mungkin menggunakan kuki, tag piksel dan teknologi yang serupa untuk mengumpul pengecam peranti, maklumat aktiviti dalam talian atau rangkaian, maklumat komersial atau inferens, seperti maklumat mengenai laman web yang anda lawati dari semasa ke semasa dan iklan yang anda klik untuk menyampaikan iklan yang disasarkan kepada anda. Anda boleh memilih keluar daripada pengiklanan berasaskan kuki berdasarkan lawatan anda ke laman web kami dengan mengedit keutamaan kuki anda seperti yang diterangkan dalam bahagian BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN KUKI . Sila ambil perhatian bahawa walaupun anda memilih keluar, anda masih mungkin melihat iklan daripada kami, tetapi iklan tidak akan disasarkan berdasarkan laman web yang anda lawati dan iklan yang anda klik dari semasa ke semasa dan oleh itu mungkin kurang berkaitan dengan anda dan minat anda.

Kami juga bekerjasama dengan platform pihak ketiga, termasuk platform yang dikendalikan oleh rangkaian sosial, untuk menunjukkan iklan atau mengukur keberkesanan iklan kami. Kami mungkin menukar alamat e-mel, nombor telefon atau maklumat lain anda kepada nilai unik dan mengarah platform pihak ketiga ini berpadan nilai unik ini dengan pengguna di platform mereka atau dengan data lain yang mungkin mereka miliki. Pemadanan ini membolehkan kami menyampaikan iklan kepada anda dan orang lain di platform ini. Anda juga boleh meminta agar kami tidak menggunakan maklumat peribadi anda dengan cara ini dengan menghantar e-mel kepada kami di info@bobbibrown.com.my.

PEMINDAHAN ANTARABANGSA

Dalam menawarkan dan menyediakan produk dan perkhidmatan kami, maklumat peribadi anda mungkin dipindahkan, disimpan atau diproses di negara selain negara di mana maklumat tersebut pada asalnya dikumpulkan (seperti Amerika Syarikat). Negara tersebut mungkin tidak mempunyai undang-undang perlindungan data yang sama seperti negara tempat tinggal anda, dan maklumat peribadi anda akan tertakluk kepada undang-undang asing yang terpakai. Apabila kami memindahkan maklumat peribadi anda ke negara lain, kami akan melindungi maklumat tersebut mengikut cara yang diterangkan dalam Dasar Privasi ini. Kami juga akan mematuhi syarat undang-undang yang berkenaan yang memberikan perlindungan yang mencukupi untuk pemindahan maklumat peribadi, seperti pembuatan perjanjian pemindahan data, Fasal Kontrak Standard EU, atau mekanisme pemindahan data lain yang berkenaan. Jika anda mempunyai soalan mengenai pemindahan data kami atau ingin menerima salinan mana-mana perjanjian pemindahan data yang berkenaan (jika dikehendaki oleh undang-undang), anda boleh menghantar permintaan dengan menghantar e-mel kepada kami di info@bobbibrown.com.my.

BAGAIMANA KAMI MELINDUNGI MAKLUMAT

Kami mengekalkan perlindungan pentadbiran, teknikal dan fizikal yang direka untuk melindungi maklumat peribadi yang anda berikan daripada pemusnahan, kehilangan, pengubahan, akses, pendedahan atau penggunaan yang tidak disengajakan, menyalahi undang-undang atau tidak dibenarkan. Kami mengehadkan akses kepada maklumat peribadi atas dasar perlu tahu kepada pekerja dan penyedia perkhidmatan yang diberi kuasa yang memerlukan akses untuk memenuhi keperluan pekerjaan mereka.

BAGAIMANA KAMI MENGENDALIKAN MAKLUMAT KANAK-KANAK

Produk dan perkhidmatan kami direka untuk khalayak umum dan tidak bertujuan untuk atau ditujukan kepada kanak-kanak.

PENGEMASKINIAN DASAR PRIVASI KAMI

Dasar Privasi ini boleh dikemas kini secara berkala dan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu kepada anda untuk mencerminkan perubahan dalam amalan maklumat peribadi kami. Kami akan menyiarkan notis di laman web kami untuk memberitahu anda tentang sebarang perubahan signifikan terhadap amalan privasi kami dan menunjukkan di bahagian atas Dasar Privasi bila pengemaskinian terbaharu dibuat.

PENGAWAL DATA ANDA

Pengawal data ialah entiti atau entiti-entiti yang bertanggungjawab untuk mewujudkan tujuan pemprosesan maklumat peribadi anda. Pengawal data di Malaysia ialah seperti berikut:

Pengawal untuk Semua JenamaEstee Lauder Malaysia Sdn. Bhd.

BAGAIMANA MENGHUBUNGI KAMI

Jika anda mempunyai sebarang soalan atau komen mengenai Dasar Privasi ini atau jika anda ingin melaksanakan hak anda, anda boleh menghubungi kami dengan menghantar e-mel kepada kami di info@bobbibrown.com.my.

Jika kami memerlukan, atau dikehendaki, untuk menghubungi anda mengenai sebarang kejadian yang melibatkan maklumat peribadi anda, kami boleh berbuat demikian melalui pos, telefon, e-mel atau melalui notis di laman web kami.